Operasi Tambah

ADDITION


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kreativiti dan Estetika


TOPENG KEPALA BURUNG      
Barang-barang yang diperlukan :
  • Dua keping kertas bersaiz A3
  • Pensel                         
  • Sekeping kotak kadbod besar
  • Gunting
  • Gam       
  • Cat warna
  • Berus mewarna
  • Getah  atau tali
  • Kertas berwarna ataupun beberapa helai bulu ayam
  • Pita pelekat
     
Langkah 1
Ambil sekeping kertas bersaiz A3 dan lipatkannya supaya menjadi dua. Kemudian, buka semula lipatan tersebut.  Letakkan kertas tersebut di atas muka. Secara perlahan-lahan, lukiskan kedua-dua bentuk mata anda serta tandakan titik di pertengahan hidung anda sebagai penanda.
   
Langkah 2
Berpandukan pada gambar rajah, lukiskan bentuk topeng. Topeng anda mestilah akan menutupi keseluruhan atas muka serta kedua-dua belah pipi. Pastikan hanya bahagian hidung dan mulut sahaja yang terdedah.


   
Langkah 3
Kertas yang sudah siap dilukiskan bentuk topeng itu tadi hendaklah dilipat dua. Kemudian, guntingkan bentuk topeng tersebut.


    
Langkah 4
Bentuk topeng itu kemudiannya ditekapkan di atas bucu kotak kadbod. Gunakan pensel dan lukiskan bentuk topeng itu. Kemudian, gunting bentuknya. Pastikan mata pada topeng itu juga turut digunting supaya berlubang.
   
Langkah 5
Ambil pula kertas bersaiz A3 yang satu lagi dan lukiskan bentuk segi tiga untuk membuat paruh. Guntingkan bentuk paruh tersebut. Kemudian, tekapkan sekali lagi di atas bucu kotak kadbod dan lukiskan bentuknya menggunakan pensel.. Sekali lagi, guntingkan bentuk paruh tersebut.
   
Langkah 6
Lekatkan bentuk paruh tersebut di atas topeng menggunakan gam. Kemaskan tampalan paruh pada topeng itu menggunakan pita pelekat.
   
Langkah 7
Warnakan paruh serta bahagian di sekeliling mata topeng menggunakan cat warna kegemaran anda. Kemudian, ambil getah ataupun tali dan diikatkan dengan kemas pada kiri dan kanan mata topeng.
   
Langkah 8
Tampalkan beberapa helai bulu ayam pada topeng sebagai hiasan. Anda boleh juga menggunakan kertas berwarna sekiranya anda suka. Gunakan kreativiti anda untuk menampalnya di atas topeng. Ianya pasti akan kelihatan menarik.
   
Langkah 9
Lihatlah hasilnya! Topeng kepala burung anda kelihatan sangat cantik. 

Selamat mencuba!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Matlamat Prasekolah



Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari menyambung titik ke titik



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS