TOPENG
KEPALA BURUNG
Barang-barang
yang diperlukan :
- Dua keping kertas bersaiz A3
- Pensel
- Sekeping kotak kadbod besar
- Gunting
- Gam
- Cat warna
- Berus mewarna
- Getah atau tali
- Kertas berwarna ataupun beberapa helai bulu ayam
- Pita pelekat
Ambil
sekeping kertas bersaiz A3 dan lipatkannya supaya menjadi dua. Kemudian, buka
semula lipatan tersebut. Letakkan kertas tersebut di atas muka. Secara
perlahan-lahan, lukiskan kedua-dua bentuk mata anda serta tandakan titik di
pertengahan hidung anda sebagai penanda.
Langkah 2
Berpandukan
pada gambar rajah, lukiskan bentuk topeng. Topeng anda mestilah akan menutupi
keseluruhan atas muka serta kedua-dua belah pipi. Pastikan hanya bahagian
hidung dan mulut sahaja yang terdedah.
Langkah 3
Kertas
yang sudah siap dilukiskan bentuk topeng itu tadi hendaklah dilipat dua.
Kemudian, guntingkan bentuk topeng tersebut.
Langkah 4
Bentuk
topeng itu kemudiannya ditekapkan di atas bucu kotak kadbod. Gunakan pensel dan
lukiskan bentuk topeng itu. Kemudian, gunting bentuknya. Pastikan mata pada
topeng itu juga turut digunting supaya berlubang.
Langkah
5
Ambil
pula kertas bersaiz A3 yang satu lagi dan lukiskan bentuk segi tiga untuk
membuat paruh. Guntingkan bentuk paruh tersebut. Kemudian, tekapkan sekali lagi
di atas bucu kotak kadbod dan lukiskan bentuknya menggunakan pensel.. Sekali
lagi, guntingkan bentuk paruh tersebut.
Langkah 6
Lekatkan
bentuk paruh tersebut di atas topeng menggunakan gam. Kemaskan tampalan paruh
pada topeng itu menggunakan pita pelekat.
Langkah
7
Warnakan
paruh serta bahagian di sekeliling mata topeng menggunakan cat warna kegemaran
anda. Kemudian, ambil getah ataupun tali dan diikatkan dengan kemas pada kiri
dan kanan mata topeng.
Langkah
8
Tampalkan
beberapa helai bulu ayam pada topeng sebagai hiasan. Anda boleh juga
menggunakan kertas berwarna sekiranya anda suka. Gunakan kreativiti anda untuk
menampalnya di atas topeng. Ianya pasti akan kelihatan menarik.
Langkah
9
Lihatlah
hasilnya! Topeng kepala burung anda kelihatan sangat cantik.
Selamat mencuba!!
4 comments:
tahniah, menarik.teruskan usaha anda
terima kasih kerana maklumat ini dapat memberi manfaat kepada murid.
eh.....topeng ini cantik. Saya nak cuba buat juga
nanti nak buatlah. lps sekolah bukan buat pape pun. huhuhu
Post a Comment